Senarai Peralatan yang digunakan :
Sabun yg hendak diproses memerlukan…
1. Hotplate. (Harga RM80 – RM120) – Lazada, Mydin, Tesco Dll
2. Periuk nipis aluminium (plastik tak boleh) – Di Kedai RM2
3. Sudu aluminium – Di Kedai RM2
4. Penimbang digital – RM45
5. Sarung tangan plastik
6. Apron
Jika tak ada hotplate, jangan guna dapur masak. Suhu tak dapat dikawal. Gunakan cara double boil. Macam cairkan coklat.
Suhu yg tinggi mengakibatkan zat glycerin burn. Suhu hanya guna 3 dan 4 sahaja. Bukan maksima (hotplate). Selain itu, jangan guna dapur lain. Jika glycerin over heat, khasiat semua hilang.
Peralatan lain adalah : Pisau pemotong daging. – Kedai RM2
dan Papan Pemotong – Kedai RM2.
Kos peralatan tak sampai RM150.
Semua peralatan perlu asingkan dr tempat makanan dan letakkan ditempat khas. Tak boleh berkongsi dengan peralatan dapur kita. Sediakan satu meja khas kerana bahan2 tidak boleh diletak di atas simen.
Selain itu,
1. Bahan2 simpan di suhu bilik
2. Tidak boleh simpan di dalam peti sejuk
3. Jangan dedahkan pada cahaya matahari
4. Pastikan bersih dan kering
Ini peralatan yang perlu ada. Simpan dalam bekas khas selepas guna. Jangan guna ketika basah. Lap dulu.